Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Berita Segamat JCorp 9juta

SEGAMAT, 17 Jan – Johor Corporation (JCorp) akan melabur sebanyak RM9 juta bagi membangunkan daerah ini sebagai hab pertanian pada masa depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelaburan itu sejajar dengan rangka pelan pertubuhan strategik Johor yang bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac ini.

Katanya latar belakang Segamat yang sememangnya sudah pun terkenal sebagai asas pertanian akan membolehkan kerajaan menjayakan misi tersebut dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

“Antara produk pertanian yang akan dibangunkan di sini ialah tanaman nanas, cili bangi, kelapa pandan dan juga ladang buah-buahan,” katanya berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Generasi Kedua kepada 54 penduduk Kampung Lembah Bakti Tenang Stesyen di Labis, hari ini.

Seorang daripada penerima hak milik tanah berkenaan Shahrudin Ahmad, 48, berkata pelaburan yang diumumkan itu adalah berita gembira kepada semua penduduk setempat.

“Seperti yang disarankan menteri besar, kami akan berbincang dengan pihak JCorp bagi menentukan jenis produk yang sesuai dibangunkan dan kebetulan, saya bercadang membangunkan tanah yang baru diterima daripada kerajaan hari ini, secara berkelompok,” katanya kepada – BERNAMA

Sumber: Portal Jauhar

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.