Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK JOHOR (PROGRAM SARJANA) 

Berita tabung sarjana pdt

Kerajaan Negeri Johor melalui Permodalan Darul Ta'zim (PDT) dan Yayasan Pelajaran Johor menyediakan bantuan biasiswa bagi Program Ijazah Sarjana (Masters) IPTA melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta'zim 2016 kepada calon-calon Anak Johor yang berkelayakan. 

Sila muat turun Syarat dan Borang Permohonan berikut sebelum 25 Mac 2016

- Syarat-Syarat Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016 -
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/iklanpdt.pdf

- Borang Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016 -
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/borangpdt.pdf

Tarikh akhir serahan permohonan lengkap ialah pada 30 Mac 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355

---------------------------------------------------

Bantuan menerusi Tabung Pendidikan PDT peringkat sarjana ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Bajet Johor 2016 dalam usaha membangunkan modal insan Anak-anak Johor. Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000 yang akan diberikan kepada 30 mahasiswa yang layak.

Ketika mengumumkan Bajet Johor 2016 pada November tahun lalu, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengingatkan bahawa perkembangan dunia masa kini menuntut rakyat untuk terus meneroka ilmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi.

“Sesungguhnya dalam dunia hari ini, memiliki segulung ijazah sudah tidak memadai. Sebaliknya, ilmu harus diteroka ke peringkat yang setinggi mungkin kerana orientasi ekonomi dan persekitaran kita yang berasaskan ilmu dan teknologi.

“Atas kesedaran ini, Tabung Pendidikan PDT akan menyumbang sebanyak RM10,000 seorang kepada 30 mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana,” katanya.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.