Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Berita instedt anugerah im4u

9 April 2016 | Petaling Jaya

Duta Jauhar INSTEDT diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inisiatif Sukarelawan Terbaik 2015 sempena Volunteer Malaysia Awards anjuran 1 Malaysia For Youth (iM4U) setelah mencalonkan projek 'Knowledge For Wellness'. 

Anugerah tersebut disampaikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Haji On Jabbar, Pengurus Besar YPJ dan Encik Azlan Rudy Malik, Ketua Pegawai Eksekutif iM4U. 

Dalam projek 'Knowledge For Wellness', Duta Jauhar INSTEDT melatih seramai 45 orang sukarelawan daripada Skuad Ehsan Penyayang Parlimen Johor Bahru dan Felda Ulu Tebrau sebagai sukarelawan kebajikan yang mahir dan bertauliah dengan asas penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit kronik terlantar. 

Projek tersebut dijalankan di Felda Ulu Tebrau, Perumahan Flat Larkin dan beberapa lokasi sekitar Johor Bahru. Kumpulan tersebut juga turut melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran kesihatan dan kebajikan komuniti. Antaranya Kempen Hidup Sihat, Mengedar Pamplet Info Jerebu di pasaraya utama dan Sehari Bersama Penghuni Hospital Permai Johor Bahru. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.