Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Berita Tuanku sokong mb

JOHOR BAHRU, 14 April - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kepercayaan penuh kepada Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin dan barisan kepimpinan kerajaan negeri untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri. 

Baginda turut mengingatkan ahli-ahli Dewan Negeri agar tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik di negeri ini. 

"Saya memberi kepercayaan yang penuh kepada Menteri Besar dan yakin dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada. Saya berharap tidak ada ahli di dalam dewan ini yang menjadi musuh di dalam selimut yang cuba mengganggu kestabilan politik yang tegap kukuh di negeri Johor ini."

"Jangan samakan Negeri Johor dengan negeri lain. Bangsa Johor itu setia kepada agama, bangsa dan tanah air. Berani kerana benar, bersatu menghadapi cabaran dan bermuafakat dalam mencari keberkatan."

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan Persidangan Keempat Bagi Dewan Negeri Johor yang Ke-13, Di Bukit Timbalan di sini hari ini.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.