Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

utm 22mei ybhamim

22 Mei 2016 | Pejabat Daerah Tangkak 

Duta Jauhar 3.0 UTM mengadakan perbincangan bersama pihak Pejabat Daerah Tangkak yang turut dihadiri oleh YB Datuk Ir Haji Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Ledang. 

Pihak pejabat daerah dan YB Datuk bersetuju dengan cadangan projek untuk mewujudkan sebuah tapak sukan lasak (Go-Kart, Paintball, Abseiling, Wall Climbing, Flying Fox, Kayak) dikenali Tangkak Extreme-Park di lokasi Pulau Penarik, Sungai Mati. 

Sasaran impak daripada projek ini, antaranya ialah : 

- Daerah Tangkak akan dikenali sebagai pusat pelancongan berkonsep sukan lasak dengan penganjuran acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selaras Pelan Pembangunan Strategik Johor.
- Berpotensi meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat terutama pengusaha makanan, produk, homestay & pembekal perkhidmatan.
- Mengurangkan pengangguran atau mencipta peluang kerjaya tetap kepada belia.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.