Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 diy bengkel

23-26 Mei 2016 | Homestay Workshop, Mersing

Duta Jauhar 3.0 Kolej YPJ "D.I.Youth" telah menyertai Program Latihan Teknikal Reka Bentuk Senibina Buluh di Mersing. 

Penyertaan para ahli dalam program ini yang dijadikan bengkel pemantapan kemahiran adalah sebagai persediaan bagi mereka melaksanakan projek Duta Jauhar 3.0 "D.I.Youth" di lokasi Felda Sungai Sayong, Kulai.

Bengkel Latihan ini dikelolakan oleh pensyarah Sekolah Senibina Dan Arkitektur, Kolej YPJ bersama Design Principles Sdn Bhd. 

Bengkel selama 4 hari ini memberi ruang kepada semua ahli untuk mempraktikkan kemahiran masing-masing dalam bidang senibina rekabentuk dan kemahiran DIY yang telah dipelajari di kolej, seiring dengan matlamat kumpulan kami untuk melahirkan belia felda yang berkemahiran & kreatif. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.