Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

upsikt 12jun lawatansaf

12 JUN 2016 | Saf Fa Fig Garden, Negeri Sembilan

Duta Jauhar UPSI-Kota Tinggi yang diwakili oleh Pengarah Projek, Saudara Zulfadhli Zaim Bin Ismail dan Exco Media, Saudara Muhamad Fakhrullah Bin Farrok bersama Encik Syafiq, Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UPSI melakukan lawatan kerja ke sebuah ladang tanaman Buah Tin iaitu Saf Fa Fig Garden yang terletak di Negeri Sembilan. 

Tujuan lawatan ini adalah untuk mereka melihat sendiri kaedah penanaman buah tin dan persekitaran ladang serta bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu berkaitan penanaman tersebut. Kehadiran mereka telah disambut baik oleh Encik Shamsul Akmal Shamsudin, Pengurus Besar Saf Fa Fig Garden. 

Hasil lawatan kerja ini, dapatlah mereka membawa pulang pengetahuan dan maklumat yang semestinya amat membantu rangka perancangan projek mereka yang ingin merealisasikan penanaman Buat Tin di beberapa kawasan perkampungan orang asli dalam Parlimen Tenggara, Kota Tinggi yang bertujuan bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi penduduk setempat di sana. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.