Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

berita mb inovasi johor

KOTA ISKANDAR, 15 Jun - Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin hari ini melancarkan pertandingan Cabaran Inovasi Johor 2016. 

Program Cabaran Inovasi Johor 2016 merupakan pertandingan mencetus idea berpotensi tinggi untuk dikomersilkan dan memberi impak yang besar kepada komuniti tempatan dan negara. 

Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Sains dan ICT Negeri Johor (BSTICT) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Penyertaan terbuka kepada seluruh warga negeri Johor tanpa batas umur.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang http://johor.innomap.my/.

logo inovasi johor

Pengenalan

Sempena Program I-D Johor 2016, Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Sains Teknologi & ICT Negeri Johor dengan kerjasama YIM Technology Resources Sdn. Bhd. (YTR) sebagai konsultan program akan mengelolakan Pertandingan Cabaran Inovasi Johor 2016 buat julung kalinya bermula pada 15 Jun 2016 sehingga 15 Julai 2016.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Negeri Johor yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencipta inovasi yang mampu menyelesaikan masalah, baik dalam bentuk teknologi atau produk yang boleh dikira inklusif sekiranya ia berkualiti tinggi, mampu milik dan memanfaatkan golongan terpinggir yang ramai, terutamanya mereka yang pendapatan rendah.

inovasijohor objektif

Terma & Syarat

Terma Penyertaan Cabaran Inovasi Johor 2016

  1. Peserta terbuka kepada warga Negeri Johor Darul Ta’zim sama ada menetap atau bekerja di Johor melebihi 10 tahun.
  2. TIADA HAD UMUR untuk penyertaan sama ada secara individu ataupun berkumpulan.
  3. Produk yang BELUM menerima geran dari mana-mana agensi kerajaan adalah LAYAK untuk menyertai Cabaran Inovasi Johor 2016.
  4. Peserta perlu mendaftar produk inovasi masing-masing di laman sesawang http://johor.innomap.my. Tiada sebarang borang bertulis diedarkan untuk tujuan pendaftaran. Pendaftaran akan disahkan mengikut pejabat daerah masing-masing.
  5. Tarikh mula mendaftar penyertaan adalah pada 15 Jun 2016  (Rabu, bermula 9.00 pagi) dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Julai 2016 (Jumaat, berakhir 5.00 petang) Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup ini tidak akan dilayan.
  6. Setiap individu atau kumpulan yang berminat layak menyertai LEBIH DARIPADA SATU INOVASI/PROJEK tanpa sebarang HAD MAKSIMUM.
  7. Jika terdapat mana-mana individu atau kumpulan MENARIK DIRI sebelum tarikh tutup yang dinyatakan maka, individu atau kumpulan tersebut perlu MEMAKLUMKAN pihak penganjur dengan kadar segera.
  8. Sebarang maklumat yang diisi adalah benar. Pihak penganjur tidak akan mendedahkan maklumat peserta melainkan dengan persetujuan peserta tersebut.
  9. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang menerapkan unsur negatif seperti memburukkan kerajaan pusat & negeri, institusi di-raja dan mana-mana individu, juga penyertaan yang tidak mempunyai berkaitan dengan inovasi dan rekacipta.
  10. Sebarang keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD.

Syarat Penyertaan Cabaran Inovasi Johor 2016

  1. Pemenang pertandingan inovasi yang pernah disertai sebelum ini adalah LAYAK untuk menyertai Cabaran Inovasi Johor 2016.
  2. Produk inovasi yang ingin dipertandingkan hendaklah telah mencapai peringkat prototaip dan bukan di peringkat idea
  3. Produk inovasi yang mempunyai tahap penjualan (sales) tidak mencecah RM50,000 SETAHUN adalah layak untuk menyertai Cabaran Inovasi Johor 2016.

 inovasijohor bidangfokus     inovasijohor kriteria

 inovasijohor carta aliran     inovasijohor hadiah

Hubungi Sekretariat

Unit Sains Teknologi dan ICT Johor

Pn. Raja Emy Arfah (07-266 6662)

En. Ariff (07-266 6679)

Yayasan Inovasi Malaysia

Pn. Fadzlina binti Mahamad Razi (03-8319 1714 / 012- 8302125)

En. Ruzaimi bin Haron  (03-8319 1714 / 016 – 7141 589)

Pejabat Daerah Johor Bahru

En. Mohd Nafis bin Abdul Razak (017 – 240 8672)

Pejabat Daerah Muar

En. Nizam bin Yunus (017 – 754 1893 / 06-952 1021)

Pejabat Daerah Batu Pahat

En. Azmee bin Awang (017 – 701 1487 / 07-4311 858)

Pejabat Daerah Segamat

YM Ungku Mohd Aliff bin Ungku Farouk (013 – 726 6061 / 07 – 943 5672)

Pejabat Daerah Kluang

En. Mustafa Kamal bin Abdullah (016 – 784 2626 / 07 – 7712 650)

Pejabat Daerah Kota Tinggi

Pn. Mysilah Norhazrin binti Haini (07 – 883 1241 / 013-795 9437)

Pejabat Daerah Pontian

En. Anwar Zamil bin Malham (012 – 7772337 / 07-687 1323)

Pejabat Daerah Mersing

En. Mohamad Izzuddin bin Ibrahim (010 – 7000 986 / 07 – 799 1121)

Pejabat Daerah Kulai

En. Muhammad Saufee bin Abdul Shukor (07-662 2573 / 013 – 7733322)

Pejabat Daerah Tangkak 

En. Mohd Syafiq bin Sarju (013- 622 2685 / 06 – 978 7100)

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.