Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

rebat20 31mei

PEMBERIAN REBAT 20% BAGI PEMBAYARAN BALIK SECARA PENUH PINJAMAN PENDIDIKAN YPJ

Insentif di bawah Bajet Johor 2016 ini telah bermula pada 19 November 2015 yang bertujuan bagi menggalakkan para peminjam YPJ yang telah menamatkan pengajian untuk menjelaskan bayaran balik pinjaman mereka. 

Sehingga 31 Mei 2016, Bahagian Hasil & Penguatkuasaan YPJ telah mencatatkan seramai 331 orang peminjam telah memohon insentif ini dengan catatan jumlah kutipan sebanyak RM1.355 Juta dan jumlah diskaun yang telah diberikan pula sebanyak RM288,396. 

Melalui tawaran insentif ini, jumlah peminjam dalam proses bayaran balik dapat dikurangkan dan proses penutupan fail peminjam kepada 'selesai' dapat dipercepatkan. Setiap hasil kutipan ini bukan sahaja dapat menambah peruntukan YPJ untuk terus membiayai peminjam sedia ada dan peminjam baharu, malah membantu YPJ untuk melaksanakan pelbagai program kecemerlangan dan kepimpinan.

YPJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminjam yang telah memanfaatkan peluang ini dan semua peminjam yang konsisten membayar balik pinjaman secara bulanan melalui pelbagai kaedah bayaran balik. 

Insentif Rebat 20% ini akan tamat pada 30 Jun 2016. Para peminjam diminta menghubungi Bahagian Hasil & Penguatkuasaan YPJ di talian 07-2344355 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk sebarang pertanyaan, semakan penyata dan permohonan rebat.
__________________

Syarat-syarat pemberian Rebat 20% :

1) Ditawarkan kepada peminjam yang membuat 'Bayaran Penuh' sahaja ;

2) Ditawarkan kepada peminjam yang tamat pengajian sahaja ;

3) Peminjam mestilah telah menamatkan pengajian seperti tercatat di dalam Surat Perjanjian Pinjaman YPJ ;

4) Tidak layak kepada peminjam yang telah menolak pinjaman atau telah berhenti pengajian sebelum tamat tempoh pengajian ;

5) Tidak termasuk Caj Perkhidmatan, Kos Guaman, Kos Agensi dan Lain-Lain Caj.

6) Segala perkiraan mestilah melalui pegawai Bahagian Hasil & Penguatkuasaan YPJ sahaja. Bayaran akhir yang dikira sendiri oleh peminjam tanpa persetujuan pihak YPJ adalah tidak diterima.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.