Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

UsimBP ogos bengkel

10 Ogos 2016 | Sri Medan, Batu Pahat 

Duta Jauhar USIM hari ini telah selesai menganjurkan Bengkel Penanaman, Penjagaan dan Penuaian Cendawan Tiram Kelabu yang bertempat di Kampung Parit Haji Khaled, Sri Medan, Batu Pahat. 

10 orang peserta dari kalangan kumpulan sasaran dan orang kampung telah hadir untuk mempelajari kaedah penanaman Cendawan Tiram Kelabu bermula teknik menggaul, membungkus (bongkah) dan mengukus medium Cendawan Tiram Kelabu secara praktikal.

Penerangan dan perkongsian ilmu pada bengkel ini disampaikan oleh Puan Poinem binti Tauman, iaitu seorang usahawan tani Cendawan Tiram yang dinamakan sebagai Mentor oleh Duta Jauhar USIM untuk projek ini, yang mana bengkel ini dilakukan di bangsal cendawan milik beliau dan turut dipantau oleh Puan Ruzilah binti Yaakob, Penolong Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. 

Turut hadir pada bengkel tersebut ialah Tuan Haji Paing bin Giman, Ketua Unit Pembangunan Usahawan LPP Negeri Johor, Encik Mohamad Naim bin Ismail daripada PPK Sri Medan dan Encik Mohd Najib bin Samingin, Pegawai Duta Jauhar YPJ. 

Projek Duta Jauhar USIM Batu Pahat dengan tajuk mereka “Enhancing Potential Of People With Disabilities” mensasarkan kepada 15 orang golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari sekitar daerah Batu Pahat sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup golongan tersebut dengan kemahiran yang diberikan yang boleh menambahkan pendapatan mereka melalui projek keusahawanan pertanian. 

---------------------------------------------------------------------------------------------
Duta Jauhar merupakan sebuah program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan Mahasiswa Johor.

Bermula awal Ogos, YPJ telah memulakan fasa pemantauan terhadap projek-projek Duta Jauhar 3.0 di seluruh daerah. Fasa ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan semua projek di antara mahasiswa dan masyarakat setempat mendapat perhatian dan juga sokongan daripada pihak-pihak agensi tempatan. 

 

Lagi gambar menarik : 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.