Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

UMK Aidiladha 01

15 September 2016 | Kampung Parit Basilam, Pontian

Bersempena Hari Raya Aidiladha, Duta Jauhar UMK telah memanfaatkan cuti mereka dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada 15 buah keluarga dari kalangan Asnaf dan E-Kasih di Kampung Parit Basilam, Pontian.

Turut bersama Penghulu Mukim Pontian Tok Bahadon, Pegawai Duta Jauhar Encik Najib Samingin, Ketua Kampung Haji Ahmad bin Aduan serta Haji Kahar bin Haji Yusof Imam 1 dan Ustaz Hafiz Imam 2 Masjid Jamek Parit Basilam.

Setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada YB Datuk Tee Siew Kiong Exco Kerajaan Johor merangkap ADUN Pulai Sebatang, Pejabat UMNO Bahagian Pontian, Dato' Zamrud, PIJ Holding, Syarikat Faiza, Bumi Hijau Sdn Bhd, AEON Kulai, orang perseorangan dan pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan ini.

Terima kasih juga kepada pihak Pejabat Daerah Pontian dan Penghulu di atas bantuan dan kerjasama yang telah dihulurkan.

SALAM AIDILADHA. "PENGORBANAN DIHAYATI, MUAFAKAT DISUBURI"

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.