Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Instedt sept Centre

21 Sept 2016 | 10.00 - 11.30 pagi | Pandan City

JOHOR BAHRU, 21 Sept - Masyarakat umum di sekitar daerah Johor Bahru kini berpeluang mendapatkan khidmat kejururawatan dan kesihatan melalui Jauhar Nurse Services Centre dengan kos yang lebih rendah berbanding khidmat sama yang disediakan oleh pihak hospital. 

Pusat dan perkhidmatan tersebut dikelolakan oleh kumpulan Duta Jauhar Instedt yang masing-masing adalah pelajar kejururawatan dan kini telah melatih seramai 45 orang sukarelawan kesihatan/kebajikan dari Johor Bahru. 

Penyelia Duta Jauhar Instedt, Sharir Ramli berkata pusat berkenaan adalah inisiatif mereka bagi memudahkan masyarakat sekitar Johor Bahru untuk datang dan mendapatkan khidmat rawatan serta nasihat kesihatan. Mereka amat berterima kasih kerana mendapat sokongan penuh daripada 3 buah Pusat Khidmat Wakil Rakyat setakat ini, iaitu Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru, Pusat Khidmat ADUN Mahkota dan Pusat Khidmat DUN JOHOR LAMA yang mengundang mereka untuk memberikan latihan. 

"Disini juga kami menempatkan lebih kurang 30 orang jururawat bertauliah yang baru tamat pengajian dan mendaftar bersama kami yang sedia memberikan perkhidmatan rawatan seperti jururawat peribadi, penjagaan warga emas, rawatan pesakit kronik terlantar dan sebagainya. Kami turut menyediakan pasukan Paramedik dan perkhidmatan ambulans." katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan penerangan ringkas pada lawatan kerja oleh Timbalan Pengurus Besar YPJ, Encik Saifuddin Bin Abdul Rahim ke Jauhar Nurse Services Centre di Pandan City, Johor Bahru di sini bagi melihat sendiri bagaimana pusat tersebut beroperasi di bawah kelolaan mereka. 

Dalam pada itu, kumpulan ini juga turut mengusahakan Jauhar Food Truck iaitu jualan menu Nasi Ayam & Nasi Ayam Penyet berharga RM5.00 dengan menerima tempahan pelanggan warga Johor Bahru dan menghantar ke lokasi pelanggan, mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 

Mereka bekerjasama dengan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMAbagi membantu mereka memperoleh sumber kewangan dan juga belia-belia yang minat berniaga. Sebahagian hasil jualan disalurkan bagi menampung kos pengurusan pusat ini. Difahamkan pada akan datang, terdapat menu tambahan seperti chicken chop, kuih tradisi, bakeri & ais krim. 

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat rawatan tersebut dengan kadar bayaran serendah RM10.00 sejam dengan menghubungi talian 013-718 9673 (Khaerul) atau 019-739 7944 (Hannani). 

JAUHAR NURSE SERVICES   Instedt Food Truck

Lagi gambar menarik :

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.