Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

peladang serimedan 31okt16 06

31 OKTOBER 2016 | SRI MEDAN, BATU PAHAT

Majlis Penerangan Penglibatan Belia Dalam Sektor Pertanian di bawah inisiatif NBOS MOA anjuran bersama Pejabat Belia Sukan Batu Pahat dan Pertubuhan Peladang Batu Pahat, di PPK Sri Medan. 

Alhamdulillah, projek Duta Jauhar ilham YAB Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin telah diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Duta Jauhar telah diberi peluang untuk menjayakan program transformasi masyarakat di Sri Medan, Batu Pahat dalam bidang2 berikut :

1. Duta Jauhar Instedt Dnur - Projek Kesihatan

2. Duta Jauhar UiTM Segamat - Projek Tanaman Halia Fertigasi

3. Duta Jauhar Persada UKM - Projek Tanaman Cili Fertigasi

4. Duta Jauhar UTeM - Projek Ternakan Lebah bagi menghasilkan madu

Di akhir majlis, KSU Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Bin Haji Bakar telah melawat Bangsal Cendawan Projek Duta Jauhar 3.0 USIM di PDK Seri Medan yang diusahakan oleh golongan OKU setempat.

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.