Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

bantuan hsa 07

30 sukarelawan Duta Jauhar turut menyertai operasi bantuan kecemasan kepada staf dan petugas hospital dan yang utama pesakit-pesakit, berikutan kejadian kebakaran di blok wad ICU HSA JB.

Kami zahirkan rasa simpati dan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.

Penghargaan kepada semua sukarelawan dari pelbagai agensi yg bertungkus lumus membantu keadaan di sana dan terima kasih kepada orang ramai yg menghulurkan bantuan.

Terbukti rakyat Johor memang MUAFAKAT !

#PrayForHSA #DoaUntukHSA #MuafakatJohor 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

JOHOR BAHRU 25 Okt. - Polis mengesahkan seorang lagi pesakit maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kepada enam orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua enam mangsa terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan seorang lagi pesakit melecur 80 peratus manakala tiga jururawat sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

"Kesemua mangsa ditemukan rentung di dalam wad unit rawatan rapi (ICU) zon selatan hospital. Mangsa yang yang terselamat dan ketiga-tiga jururawat berkenan telah diberikan rawatan di bangunan lain.

"Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada lintar pintas di wad berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Sulaiman berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu terdapat tujuh pesakit dan lapan jururawat. - UTUSAN ONLINE

Senarai nama mangsa yang maut dalam kebakaran :-

  1. Logaswaran (wanita)
  2. Cho Lin Feng (wanita)
  3. Poh Ah Wah (wanita)
  4. Yusof Hasan (lelaki)
  5. Kaliama (wanita)
  6. Meramaladeri (wanita)

Mangsa yang cedera parah dan dirawat ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru :-

  1. Nurul Ain (wanita) 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.