Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

UniKL MITEC pilih Kampung Perigi Acheh sebagai lokasi pembangunan sosioekonomi penduduk

UNIKL Pelancaran 11

PASIR GUDANG, 22 Ogos - Sebagai usaha meningkatkan perkembangan sosioekonomi penduduk setempat, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MITEC) menerusi program Duta Jauhar 3.0 bercadang menaikkan industri rumah inap dan lokasi pelancongan di Kampung Perigi Acheh, di sini. 

Pengarah program, Ahmad Fakhruddin Ahmad Dailami berkata, program memasuki fasa pertama itu dikenali sebagai Home Visit Kampung Perigi Acheh memfokuskan perkembangan industri pelancongan menerusi tarikan unik di kampung itu sekali gus membuka sumber pendapatan baharu bagi penduduk di sana. 

Menurutnya, program itu juga diadakan bagi memupuk minat penduduk kampung untuk mencari inisiatif lain bagi memperoleh sumber pendapatan selain hanya tertumpu dalam sektor perikanan. 

"Sepertimana masyarakat tahu, kampung ini terkenal kegiatan nelayan dan pencarian hasil laut. Boleh dikatakan hampir keseluruhan penduduk teetap disini menjalankan aktiviti ini sejak beberapa dekad lalu. 

"Namun disebabkan faktor kegiatan perindustrian yang pesat membangun di sekitar kawasan ini mengakibatkan penurunan sumber pendapatan mereka. Ini kerana kawasan laut terjejas dengan pencemaran sekali gus meningkatkan pengangguran kalangan anak muda di sini. 

"Oleh itu, tujuan utama kami ingin beri dorongan kepada mereka supaya cuba suatu yang baru memandangkan kawasan ini kaya hasil alam seperti paya bakau,"katanya ketika pada majlis pelancaran program itu, semalam. 

Ahmad Fakhruddin berkata, kekayaan hasil semulajadi di kampung itu juga dilihat berpotensi dijadikan jenama dan tarikan khusus kepada para pelancong dalam dan luar negara. 

"Sebelum ini, kami difahamkan program seperti itu sudah dijalankan malah kampung ini juga pernah dijadikan lokasi perkhemahan kepada sekolah-sekolah dan agensi di seluruh Johor. 

"Tetapi disebabkan faktor modal dan kurangnya pendedahan kepada penduduk kampung, projek itu dihentikan. Jadi usaha kami untuk kembalikan semula tarikan yang ada dan hidupkan kegiatan pelancongan di kawasan ini," katanya. 

Katanya, pihaknya juga turut mensasarkan penyebaran ilmu kepada para pelancong khususnya mengenai tumbuhan dan spesies hidupan paya bakau. - SINAR HARIAN 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.