Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

feat pengumuman

Untuk perhatian : Semua peserta Duta Jauhar 

Untuk makluman : Umum 

1. Penggunaan Logo Muafakat Johor

muafakat johor small

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan saranan oleh YAB Dato' Menteri Johor, konsep Muafakat Johor diilhamkan bagi menunjukkan rasa cinta rakyat kepada Negeri Johor dengan menerapkan konsep kepelbagaian kaum di negeri ini agar ianya dapat menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Logo Muafakat Johor telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 16 September 2014. Semua pihak terutama jabatan kerajaan telah diminta untuk menggunakan Logo Muafakat Johor secara meluas. 

Sehubungan itu, adalah dengan ini DIARAHKAN kepada semua peserta Duta Jauhar untuk menggunapakai logo ini dalam setiap program mahupun aktiviti yang tertakluk di bawah pelaksanaan PROGRAM DUTA JAUHAR melalui penggunaan seperti berikut : 

  1. Baju T-Shirt program/aktiviti atau Baju Korporat kumpulan ;
  2. Cetakan bahan-bahan hebahan atau publisiti setiap program/aktiviti
  3. Cetakan cenderamata setiap program/aktiviti

Bersama ini disertakan salinan surat edaran oleh Pejabat SUKJ berhubung arahan tersebut dan pautan memuat-turun logo : 

  1. Surat Edaran oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor rujukan SUKJ.629/4-1 Jld 2 (50) bertarikh 01 Jun 2016 - KLIK 
  2. Muat-turun Logo Muafakat Johor di sini : KLIK

2. Penguatkuasaan Lagu Muafakat Johor dalam Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perkara (1) di atas dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor yang bersidang pada 10 Ogos 2016 telah bersetuju "supaya Lagu Muafakat Johor dimainkan dalam Majlis-majlis Rasmi Kerajaan yang tidak melibatkan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor" dan keputusan MMK bertarikh 05 Oktober 2016 bahawa, Lagu Muafakat Johor boleh dimainkan sama ada sebelum majlis bermula, atau semasa persembahan muzik (jika ada), atau lain-lain masa di sepanjang majlis rasmi yang diadakan.

Oleh yang demikian, hanya Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku wajib dimainkan pada awal majlis sebagaimana ketetapan sebelum ini.

Sehubungan itu, adalah dengan ini DIARAHKAN kepada semua peserta Duta Jauhar untuk mematuhi arahan penguatkuasaan ini dalam setiap program mahupun aktiviti yang tertakluk di bawah pelaksanaan PROGRAM DUTA JAUHAR sepertimana penyelarasan berikut : 

  1. Majlis Perasmian - Lagu Muafakat Johor boleh dimainkan sama ada sebelum majlis bermula, atau semasa persembahan muzik (jika ada), atau selepas majlis berakhir (iaitu seperti ketika tetamu kehormat melawat tempat pameran atau tapak projek, ketika tetamu kehormat menuju ke tempat jamuan, dan ketika sesi bergambar beramai-ramai) dengan nada lagu yang bersesuaian. 
  2. Bukan Majlis Perasmian - Lagu Muafakat Johor boleh dimainkan pada bila-bila waktu yang bersesuaian dengan keadaan semasa sepanjang program/aktiviti tersebut diadakan, dan dengan nada lagu yang bersesuaian. 

Bersama ini disertakan salinan surat edaran oleh Pejabat SUKJ berhubung arahan tersebut dan pautan memuat-turun lagu : 

  1. Surat Edaran oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor rujukan SUKJ.BKP.100-1/7/1 (26) bertarikh 25 Oktober 2016 - KLIK
  2. Lagu Muafakat Johor boleh dimuat-turun melalui pautan berikut : 
    • Versi Minus one - KLIK
    • Versi Koir - KLIK
    • Video Klip HD - KLIK
    • Youtube - KLIK

 

Sekian untuk perhatian dan makluman. 

HAJI AB. WAHAB BIN RIDWAN 

Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.