Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Bajet Johor 2017

Berikut 10 Titik Sentuhan inisiatif khas buat mahasiswa di bawah Bajet Johor 2017 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor pada pembentangan pagi tadi : 

53. Tawaran biasiswa pendidikan kepada 5 atlet berkelayakan di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Setiap atlet berkelayakan akan diberikan biasiswa bernilai RM7 ribu setahun yang dipecahkan kepada RM3,500 bagi setiap semester.

60. Tabung Latihan Kemahiran Johor melibatkan 2,500 pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di institut-institut kemahiran dalam Negeri Johor (RM5 juta).

62. Pemantapan pengurusan dan pembangunan modal insan yang lestari oleh Unit Swadaya Insan (RM3.5 Juta).

63. Program Johor Bio Talent akan diteruskan (RM500 ribu).

64. Pemberian insentif yang melalui Tabung Pendidikan Sarjana PDT dipertingkatkan kepada 200 penerima dengan setiap seorang menerima RM5 ribu (RM1 juta).

65. Penglibatan 400 orang pelajar baru bagi Biasiswa Kenangan Dato Onn (BKDO) yang diteruskan khusus untuk pelajar baru manakala syarat permohonan bagi pendapatan ibubapa / penjaga ditambahbaik daripada RM1,500 ke bawah kepada RM2,000 ke bawah bagi memperluas peluang kepada pelajar (RM300 ribu).

66. Program Duta Jauhar akan diperkemaskan melalui versi 4.0 dalam usaha memberi platform kepada mahasiswa menyumbang idea dan sokongan dalam mentransformasikan masyarakat dengan sasaran penglibatan seramai 450 mahasiswa pada tahun 2017 (RM1.5 juta).

68. Kem Kepimpinan Generasi Ta'zim akan diteruskan dan dijenamakan sebagai Karisma Ta'zim bagi mendedah bakat kepimpinan mahasiswa dengan sejarah kepimpinan tokoh Johor serta dasar-dasar semasa pentadbiran Kerajaan Johor seperti Johor Berkemajuan (RM 500 ribu).

78. Satu gerakan sukarelawan akan ditubuhkan bagi memastikan kesinambungan usaha murni mereka, menyokong 10 kumpulan sukarelawan yang menggunakan model projek mahasiswa INSTEDT di negeri Johor (RM150 ribu).

81. Penempatan satu pusat aktiviti pelajar yang dinamakan Johor Youth Profesional Academic Center yang akan dijadikan Hab Aktiviti Pelajar, yang antara lain, bertujuan meningkatkan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan program Duta Jauhar.

Untuk mahasiswa yang secara sambilan atau serius menjalankan aktiviti keusahawanan, semestinya anda juga berpeluang menikmati inisiatif yang disediakan, yang berhubungkait dengan dasar pembangunan keusahawanan Johor. Iaitu : 

Keusahawanan Johor

107. Program Usahawan Digital akan diperkenalkan dengan kerjasama MAGICX, bagi meningkatkan kapasiti dan persaingan dalam kalangan usahawan digital di Johor.

108. Program Inisiatif Jenama Johor (IJJ) akan diperkenalkan bagi menyediakan platform kepada para usahawan memperkenalkan produk mereka sebagai sebahagian indentiti Johor dengan sasaran 20 orang usahawan.

109. Kawasan Perniagaan Berkonsep Youth Fashion and Lifestyle Street di Taman Mutiara Rini yang akan mengetengahkan rangkaian perniagaan fesyen mengikut trend dan jenama terkini. Johor Local Brand Street di Taman Setia Eco Cascadia, yang akan mengetengahkan rangkaian perniagaan berasaskan produk Negeri Johor.

110. Netpreneur Wanita - Seramai 200 usahawan wanita akan dikenalpasti untuk diberikan kursus strategi pemasaran produk atas talian menggunakan laman sosial dan internet.

111. Indienomics akan memberi perhatian kepada 50 usahawan muda terpilih yang berminat memajukan perniagaan mereka.

112. Johor Corporation akan meneruskan aktiviti keusahawanan BISTARI pada tahun 2017 (RM1 juta).

113. Program Pembangunan Usahawan Belia Islam akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM2 juta yang disumbangkan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan akan dipecahkan kepada 4 program utama, iaitu:

a. Program Bantuan Usahawan Belia Islam, RM1 juta,

b. Program Bantuan Mengembangkan Perniagaan Usahawan Belia Islam (Indienomics Challenge), RM400 ribu,

c. Program Kursus Kewangan dan Rancangan Perniagaan Usahawan Belia Islam, RM500 ribu, dan

d. Program My Home Shop, RM100 ribu

114. Johor Desaprenuers Food & Beverages Product Improvement Program akan dijalankan melalui peruntukan dan kerjasama daripada SME Corp yang akan memilih 100 usahawan IKS untuk dilatih bagi menerima 4 jenis sijil perakuan

115. Program keusahawanan dalam industri perkayuan dengan kerjasama Malaysian Timber Industry Board (MTIB) akan dilaksanakan. Ini termasuklah:

i. Program Pembangunan Vendor melibatkan kerjasama antara KPRJ dan MTIB untuk projek-projek KPRJ termasuklah pembinaan sekolah-sekolah agama di Johor;

ii. Pembangunan Rekabentuk Baru Perabot Sekolah Agama Johor,

iii. Program Rekabentuk Perabot (Branding),

iv. Latihan praktikal graduan rekabentuk perabot di kilang-kilang perabot yang terletak di Muar,

v. Proses sumbang saran (brainstorming) Pembangunan Bangunan Tinggi berasaskan kayu dengan menggunakan teknologi CLT.

116. Program ‘Youth To Biz’ berbentuk Geran Padanan ini diberikan kepada perniagaan yang berkonsepkan ‘Mobile Business’ dan ‘Business Shared Facilities’ di Iskandar Malaysia (RM4.3 juta). 

MARI SAMA-SAMA KITA UCAPKAN, " TERIMA KASIH DATO' KHALED NORDIN, MB JOHOR ! "

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.