Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Bajet Johor 2017 01

MISI BAJET 2017 – Membangun Kemakmuran Material, Mewujud Kesejahteraan Sosial, Memperkasa Potensi Insan

Bajet 2017 dirangka sebagai sebahagian usaha menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan. Gagasan yang matlamat akhirnya adalah melahirkan masyarakat terbaik dan bukan sekadar negeri maju.
Ia dirangka secara teliti agar cakupannya seimbang, komprehensif dan inklusif. Pastinya ini adalah kesinambungan kepada pelbagai ikhtiar, program dan agenda yang telah kita perkenalkan sejak tiga tahun lepas.

Bajet ini dicadangkan hasil pemikiran yang serius pelbagai pihak yang digembleng dalam setiap pertimbangan inisiatif yang dicadangkan.Semua cadangan perbelanjaan yang dikemukakan adalah dalam kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Ini bermakna, ia secara realistiknya, telah dirangka dengan mengambil kira kemampuan sebenar kerajaan.Kerajaan Negeri Johor mengambil pendirian, disiplin fiskal yang tegas dan berhemah, amat perlu dalam menguruskan ekonomi Johor yang berjaya.

Ringkasan Pencapaian Kewangan 2016

Sehingga 16 November 2016, sejumlah RM1,369 juta hasil telah berjaya dikutip. Ini bersamaan dengan kadar prestasi 96% daripada anggaran hasil RM 1,425 juta.

Anggaran Kutipan Hasil bagi Tahun 2017

Dijangkakan kutipan hasil negeri pada tahun 2017 mencapai RM1,609 juta, iaitu peningkatan sebanyak 12.86% daripada anggaran hasil dalam Bajet 2016.

Pecahan Perbelanjaan Tahun 2017

Anggaran perbelanjaan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM1,607,697,000. Jumlah ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM182,233,000 iaitu bersamaan dengan 12.89% berbanding tahun ini. Ini bermakna, Bajet 2017 adalah Bajet Lebihan atau Surplus Budget, dengan izin, iaitu RM1.303 juta.

Sebahagian besar iaitu 98.77% daripada jumlah kenaikan anggaran perbelanjaan tahun 2017 adalah sebagai tambahan caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Dan hanya 1.23% sahaja merupakan kenaikan Perbelanjaan Mengurus.

Untuk Perbelanjaan Mengurus (tidak termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan), kita memperuntukkan sebanyak RM907.67 juta. Perbelanjaan Mengurus ini terdiri daripada :

  1. Emolumen, sebanyak RM479.22 juta,
  2. Perkhidmatan dan Bekalan, sebanyak RM244.61 juta,
  3. Pembelian Aset Jabatan, sebanyak RM20 juta,
  4. Perbelanjaan-perbelanjaan Lain, sebanyak RM4.94 juta.

Bagi Perbelanjaan Pembangunan pula, peruntukan tahun 2017 sekali lagi mencatatkan peruntukan tertinggi dalam sejarah Bajet Negeri Johor iaitu sebanyak RM763.3 juta. Ini bermakna, daripada jumlah perbelanjaan bagi tahun 2017, 47% adalah untuk pembangunan.

Pada tahun 2017, kita menjangkakan bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi negeri Johor adalah pada 4.5% hingga 5.5% berbanding unjuran di peringkat nasional pada 4.0% hingga 4.5%.

LIHAT TITIK SENTUHAN BAJET JOHOR 2017 DI BAWAH :-

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.