Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

UTHM Dis Tuai 03

04 DISEMBER 2016 | DUTA JAUHAR 3.0 UTHM

Alhamdulillah, para peserta projek cili fertigasi di Kampung Parit Surau Darat, Parit Raja di bawah kelolaan Duta Jauhar UTHM telah menuai hasilnya yang pertama setelah projek bermula pada Oktober lalu. (Berita berkaitan)

Hasil mereka memetik cili centil ini selama 3 hari mulai Jumaat lalu (02 Dis 2016) berjaya mencatat sebanyak 298 kilogram. Harga pasaran cili centil ini adalah sekitar RM13.00/kg.

Tahniah, moga terus bersemangat peserta-peserta ini. 

Projek bertemakan "Transformasi Ekonomi Belia" ini bagi meningkatkan pendapatan 8 peserta belia dan secara langsung akan membantu memajukan sosio-ekonomi di kampung tersebut. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.