Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

15

KOTA TINGGI, 7 DIS - Seramai 40 peserta terdiri daripada Duta Jauhar Instedt GASI dan Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sentosa Sedili di sini, menyertai konvoi berbasikal sempena Program Ziarah Kasih untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf di kampung tersebut, Ahad lalu. 

Penyelia Duta Jauhar Instedt GASI, Nur Sarah Ab Aziz berkata selain menggerakkan dan menyelaras pelancongan di Sedili, tanggungjawab sosial terhadap komuniti setempat tidak dilupakan. 

Menurutnya, konvoi berbasikal yang dimulakan di kawasan Legaran Air Putih itu dianjurkan serentak dengan pelancaran Laman Herba Jauhar di kampung berkenaan. 

"Laman Herba Jauhar ini digerakkan kumpulan Duta Jauhar Instedt GASI sebagai salah satu tarikan baru pelancongan di Sedili selaras dengan tema projek kami iaitu Transquil Sedili." 

"Sempena konvoi ini juga sebanyak lima rumah ibu tunggal dilawati dan menerima sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban mereka," katanya. 

Program ziarah berbasikal itu turut disertai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hasan. 

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sentosa Sedili, Mohd Fauzan Sebalas dan Pegawai Hal Ehwal Siswa Instedt, Azwan Sulaiman. 

Muhammad Fadzli berkata, program cetusan Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin itu dilihat sangat bagus untuk menyemarakkan kesukarelaan dalam kalangan belia dan pembangunan Bangsa Johor yang holistik. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.