Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Fertigasi Nov 01

MERSING, 3 NOV - Duta Jauhar 3.0 UPM menganjurkan Bengkel Fertigasi membabitkan 30 orang penduduk Kampung Sawah Dato' di sini, bagi memperkenalkan projek Mersing Agriculture Transformation Scheme (MATS). 

Pengarah MATS, Ahmad Sofwan Abdul Razak berkata, projek menggunakan kaedah fertigasi untuk penanaman benih cili Centil itu menyasarkan penyertaan terutama penduduk kampung berpendapatan rendah dan disenaraikan dalam e-Kasih. 

"Äntara objektif utama kumpulan Duta Jauhar 3.0 UPM memperkenalkan projek MATS ialah membantu sumber pendapatan ekonomi masyarakat di Mersing dan menyahut cetusan idea Menteri Besar Johor bagi menggembleng tenaga serta idea mahasiswa sebagai agen transformasi masyarakat," katanya. 

Jana pendapatan 

Melalui bengkel ini, beliau berkata, penduduk kampung dapat mengetahui perusahaan tanaman fertigasi Cili Centil dan faedah menjalankan aktiviti pertanian berkenaan yang diharap membantu menjana pendapatan penduduk setempat. 

"Pada masa sama, mahasiswa UPM turut menyertai masyarakat kampung menjayakan bengkel ini. Persiapan selama sebulan dilakukan dengan kerjasama Penghulu Mukim Tenglu, Adam Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Adam, dan Ketua Kampung, Hanafiah Junid bagi menjayakan program ini," katanya. 

Bengkel dua hari itu dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Aisyah Hassan dan Pegawai Jaringan Industri Masyarakat UPM, Muhd Ghazali Satar. 

2016 11 03 UPM BeritaHarian

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.