Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

UUM Perasmian 10

Bantu tingkat ekonomi penduduk melalui projek madu kelulut 

KOTA TINGGI, 12 Nov - Projek mentransformasikan masyarakat, madu kelulut yang diperkenalkan Duta Jauhar 3.0 Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Meliponini Entrepreneurship Transformation (Trans-ME) kepada penduduk Kampung Sungai Telor di sini dilihat memberi harapan buat kampung berkenaan untuk terpilih bagi Anugerah Desa Cemerlang pada masa akan datang. 

ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, beliau optimis bahawa kampung tersebut mampu memenangi anugerah itu di peringkat kebangsaan selepas apa yang berlaku di kawasan tersebut termasuklah pembinaan jalanraya bernilai RM19 juta. 

menurutnya, bermula dari simpang Kampung Sri Jaya sehingga ke Tai Hong pembinaan jalan itu telah dilaksanakan kerajaan negeri, maka tidak mustahil kampung itu boleh diangkat sebagai kampung terbaik. 

"Saya juga mahu dengan kehadiran Duta Jauhar UUM ini akan memperbetulkan statistik bagaimana kampung ini ingin menjadi kampung terbaik. 

"Kita bertuah kerana pelajar dari UUM ini mengambil peluang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya lapan peserta dalam kampung ini untuk diangkat martabat melalui projek madu kelulut. 

"Kita harap para peserta tidak akan ambil mudah projek yang dilaksanakan ini," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Projek Trans-ME Duta Jauhar 3.0 UUM di Dewan Kampung Sungai Telor di sini. 

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar YPJ Saifuddin Abdul Rahim, wakil pegawai daerah Mysilah Nor Hazrin Haini, Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor Mohd Fazlan Mohd Zin, Ketua Kampug SUngai Telor Abd Ramlee Abd Rahman dan Pengarah Projek Muhammad Azwan Roslan. 

Tambah Adham, program yang diilhamkan Menteri Besar itu telah masuk tahun ketiga dan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta melalui YPJ yang melibatkan Universiti Awam seluruh negara. 

Dalam pada itu, Muhammad Azwan berkata, Duta Jauhar UUM dengan kerjasama Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor - JBEES bersepakat untuk membantu penduduk kampung menjadi usahawan madu kelulut sekaligus menjadikan Johor sebagai hab pengeluaran terbesar madu kelulut dalam negara. 

"Kami ingin membantu masyarakat daripada pendapatan rendah kepada pendapatan yang lebih tinggi. 

"Isu lambakan madu sintetik atau madu tiruan yang telah mengakibatkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan kita. Kami berasa gusar kerana madu kelulut asli mempunyai banyak khasiat seperti diceritakan dalam al-Quran. Pakar perubatan juga mengakui kebaikannya. 

"Harga pasaran penjualan madu kelulut yang tinggi meyakinkan kami untuk komited melaksanakan projek ini membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat," katanya. 

>> LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI GALERI (KLIK)

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.