Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

DSC 0990 Lawatan KPWKM 21

04 MAC 2017 | PEJABAT YPJ

Delegasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini mengadakan lawatan ke pejabat YPJ yang diketuai oleh Ketua Setiausahanya, YBhg Datuk Dr Rose Lena Binti Lazemi. 

Lawatan ini bertujuan bagi pihak KPWKM mengetahui dengan lebih jelas berhubung pelaksanaan program Duta Jauhar. 

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan YPJ dan program Duta Jauhar oleh Encik Saifuddin Abdul Rahim, Timbalan Pengurus Besar dan diikuti sesi perbincangan antara kedua-dua pihak. 

Turut hadir Pegawai Khas YAB Dato' Menteri Besar Encik Muhammad Ridhwan Mat Salleh, pengurus-pengurus kanan YPJ, pegawai-pegawai YPJ & KPWKM serta beberapa orang peserta Duta Jauhar. 

DSC 0970 Lawatan KPWKM 14

Kemudiannya delegasi dibawa ke ruang pameran dan jualan produk beberapa Projek Duta Jauhar seperti cendawan tiram yang diusahakan oleh peserta OKU, produk aiskrim oleh peserta ibu-ibu tunggal, produk makanan oleh peserta asnaf, hasil cili dan produk hiliran seperti sambal serta produk perkhidmatan oleh peserta belia seperti cleaning services dan mobile car wash services. 

YBhg Datuk Dr Rose Lena dalam ucapannya berkata KPWKM sedia mempertimbangkan kerjasama yang boleh dimeterai di antara kedua-dua pihak dalam membantu program ini. 

>> LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI GALERI (KLIK)

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.