Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

RLE USM Kongres3 DSC 1697

PASIR GUDANG, 27 Mac - Dengan menggunakan konsep mencipta pekerjaan (Job Creators), sepasukan 8 orang penuntut USM bersama 10 belia kini berjaya menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan menerusi projek Cuci Kereta Bergerak atau dikenali RLE J-Force Mobile Carwash. 

Lebih membanggakan, usaha mereka menerima pengiktirafan apabila berjaya merangkul Anugerah Permata (Anugerah Terbaik Keseluruhan) Duta Jauhar 3.0 di dalam Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MITEC) disini semalam. 

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta piala pusingan. 

Pengarah projek, Nursyahira Mustapha berkata, projek ini sangat memberi impak kerana ianya satu-satunya perkhidmatan cuci kereta secara mobile di Johor Bahru, Johor. 

Menurut Syahira, idea projek yang dirangka ini tercetus pada hujung tahun lepas di sebuah kedai tomyam dan akhirnya ia bukan hanya omongan kosong, tetapi telah membuahkan hasil yang memberansangkan. 

"Perancangan masa depan kami ialah ingin memiliki sebuah francais dan akademi latihan bagi francais model perniagaan ini," katanya. 

"Seterusnya kami mahu memperluaskan rangkaian perniagaan francais tersebut bukan hanya di seluruh Johor malah di seluruh Malaysia," tambah pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM itu. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.