Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

2016 12 UNIKL Homevisit 03

Sebagai sebuah entiti kesukarelawanan yang mempromosikan produk pelancongan, Duta Jauhar 3.0 UniKL pada 10 Disember 2016 (Sabtu) telah menganjurkan Program Homevisit Kampung Perigi Acheh khusus untuk pengunjung dari luar negara. 

Usaha ini selaras dengan hasrat mereka untuk mempromosikan dengan lebih meluas keindahan semulajadi yang terdapat di Kampung Perigi Acheh ini. Justeru penglibatan sejumlah kecil pengunjung dari luar negara ini dilihat amat bernilai bagi membantu memasarkan nama Perigi Acheh ke peringkat antarabangsa. 

Pengunjung yang terlibat dalam Homevisit ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan berasal daripada negara berikut :

- 4 orang pengunjung dari German

- 3 orang pengunjung dari Brunei

- 2 orang pengunjung dari Uzbekistan

- 1 orang pengunjung dari Libya

Duta Jauhar 3.0 UniKL berhasrat untuk menyasarkan lebih ramai golongan ekspatriat mengunjungi lokasi ini pada edisi akan datang. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.