Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

bootcamp

Pendekatan NBOS dilaksanakan bagi memastikan pelan tindakan capai matlamat.

 

Mersing, 23 April - Program yang berlansung selama 3 hari 2 malam ini berjaya mengumpulkan kesemua 37 kumpulan Duta Jauhar 4.0 yang terpilih bagi Siri 4/2017 tahun ini. Sejajar dengan matlamat yang ditetapkan kepada setiap projek pada tahun ini agar menjerumus kepada Keusahawanan Sosial dan NBOS, Bootcamp ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memberikan lebih kefahaman kepada para peserta Duta Jauhar 4.0.

Modul yang diterapkan dalam program kali ini juga lebih padat dengan aktiviti berkumpulan dan perbincangan kumpulan, antara pengisianya yang diterapkan ialah berkaitan SWOT, Social Entreprenuer Project, Bussiness Model Canvas dan bayak lagi.

Para peserta juga berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan supaya memberikan lebih manfaat kepada peserta Duta Jauhar akan datang.

Yayasan Pelajaran Johor mengucapkan selamat maju jaya kepada semua 37 kumpulan Duta Jauhar 4.0.

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.