Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 

 20294302 2029499243937982 9095104024931661383 n

Projek Ladang Air Duta Jauhar 3.0 USIM Tangkak memanfaatkan sebaiknya masa cuti semester yang ada untuk mengembangkan ternakan udang kara.

 

Tangkak, 22 Julai - Sekumpulan mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan legasi Projek Ladang Air yang telah mereka mulakan pada tahun 2016 yang lepas. Kelansungan projek diteruskan dalam membantu komuniti setempat yang lain menerusi projek penternakan udang kara air tawar dengan kerjasama dari mentor projek En. Zamri (Home Breed Red Claw). Penghasilan kolam udang DIY berkos rendah oleh mentor projek Encik Zamri dapat membantu mengurangkan kos serta mempercepat penuaian udang kara.

Fasa ini, 3 peserta baru dikalangan komuniti setempat telah dipilih sebagai golongan sasaran dan diperuntukkan 500++ anak benih udang kara untuk dikomersialkan. Kadar permintaan yang tinggi terhadap udang kara tersebut telah memberikan semangat baru kepada anak muda ini yang terdiri daripada 15 orang ahli untuk terus komited membantu masyarakat di Negeri Johor.

Terima kasih kepada Menteri Besar Johor, YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin atas inisiatif yang diberikan iaitu Mahasiswa Transformasi Masyarakat.

 

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.