Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

dp

Produk pastri yang dihasilkan oleh beliawanis Kg. Pt. Selangor, Pontian itu turut menarik perhatian Ketua Polis Negeri Johor, Komisioner Polis Dato' Seri Wan Najmuddin.

 

Nusajaya, 5 Ogos - Projek Pastri Jauhar dari Duta Jauhar 4.0 UTM itu telah menjadi perhatian pengunjung yang menghadiri Program Iskandar Safe City Ride 2017 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri pada hari ini. Projek yang membantu meningkatkan hasil pendapatan dikalangan beliawanis di sekitar daerah Pontian itu terus menjadi tumpuan dengan kehadiran Ketua Polis Johor dan turut serta ADUN, Nusajaya, YB Dr. Haji Zaini bin Abu Bakar untuk bersama merasai keenakan Popia Milo dan Choc Chip hasil dari golongan sasaran mereka.

Program Duta Jauhar yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin ini telah mendapat tempat dihati masyarakat kerana telah menjadi inspirasi kepada Mahasiswa Johor untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negeri Johor.

' MAHASISWA TRANSFORMASI MASYARAKAT '

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.