Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

duta jauhar umk pc

 

TAMAN DAYA, 6 Ogos - Duta Jauhar Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) bersama 35 orang Pelajar Berkeperluan Khas dan ibu bapa telah terlibat dalam pelaksanaan Projek Roselle@School 

 

Seramai 35 orang pelajar pendidikan khas kategori lembam dan 5 orang ibu bapa telah terlibat dalam pelaksanaan projek Roselle@School yang dilaksanakan oleh Duta Jauhar Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) bersama tenaga pengajar Pendidikan Khas SMK Taman Daya,Pasir Gudang. Projek ini telah dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti seperti penanaman roselle di sekolah serta pembuatan jus dan jem berasaskan roselle yang diusahakan sepenuhnya oleh pelajar berkeperluan khas dan ibu bapa mereka yang turut dibantu oleh tenaga pengajar dan Duta Jauhar.

 

Pelaksanaan projek ini juga telah mendapat respon yang positif apabila produk hiliran hasil penanaman roselle iaitu "Jus Roselle'' dan "Jem Roselle'' mula mendapat perhatian masyarakat sekitar dan turut dipasarkan dalam penganjuran karnival seperti Program SARANA yang berlansung di Menara Aqabah baru-baru ini.

 

Tinjauan pihak YPJ ke lokasi projek mendapati para pelajar seronok melaksanakan projek ini kerana mudah dikendalikan dan memberikan sensasi keseronokan terhadap pelaksanaan aktiviti yang berlaku di luar kelas. Tinjauan juga mendapati ibu bapa memberikan sokongan dan kerjasama yang erat dalam memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan berupaya mendidik para peserta terhadap nilai-nilai keusahawanan yang boleh digunapakai dalam masa yang akan datang. Para pelajar dan ibu bapa yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini juga mendapat manfaat apabila berupaya mengkormesialkan produk yang dihasilkan sebagai salah punca pendapatan tambahan

 

Syabas dan tahniah diucapkan terhadap usahasama Duta Jauhar dan para pendidik SMK Taman Daya !

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.