Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Cat Taxi

 

Kangkar Pulai, 8 Ogos  :  Cat's Taxi merupakan projek keusahawanan komuniti yang dijalankan oleh Duta Jauhar UKM PERMAJ bersama golongan suri rumah . Projek ini menawarkan perkhidmatan penjagaan kucing yang mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.

 

Projek Cat's Taxi ini menawarkan perkhidmatan penghantaran kucing peliharaan ke Vaterina untuk vaksinasi, rawatan, grooming, pemandulan dan lain-lain lagi  yang dilaksanakan secara mobile. Para pelanggan hanya perlu menghubungi Skuad Cat's Taxi melalui aplikasi Whatsapp sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan dan segalanya akan diuruskan oleh mereka mengikut pakej yang dipersetujui oleh para pelanggan.

Bermula daripada Kangkar Pulai, kini Skuad Cat's Taxi telah melebarkan jajahan perkhidmatannya ke kawasan Pontian, Pasir Gudang dan Johor Bahru sebagai lokasi tumpuan. Perkhidmatan ini menjanjikan pulangan yang sangat lumayan disebabkan para pelanggan sanggup membayar cas perkhidmatan yang ditawarkan bagi penjagaan kucing mereka.

Bermula daripada 2 orang belia, kini Skuad Cat's Taxi telah disertai  seramai 12 orang ahli yang majoritinya terdiri daripada golongan suri rumah. Selain mampu menjana pendapatan tambahan, projek ini juga berupaya mengisi masa terluang golongan suri rumah di rumah disamping menambah pendapatan keluarga terutama yang tinggal di kawasan bandar.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi HQ Skuad Cat's Taxi di talian 019-775 2334 atau 017-7902334 untuk info lanjut.

 

"We Serve You and Your Cat"

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.