Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

W

Kepada sesiapa yang ingin merasai suasana pengembaraan yang mencabar dan jelajah ke Kg Peta...

Mersing, 9 Ogos - Sepanjang 5 hari di Kg.Peta, telah berjalan pelbagai aktiviti di Kg Peta. Antaranya ialah Membantu Orang Asli Peta dalam persiapan Hari Perayaan Orang Asli Jakun Peta, Tinjauan daripada Yayasan Pelajaran Johor dan Pegawai Duta Jauhar serta merasai pengalaman Menyambut Hari Perayaan OA Peta dan Majis Perasmian Duta Jauhar 4.0 UTHM PETA (Peta Educational Tourism Association).

Projek yang menjanakan pendapatan yang lumayan kepada masyarakat orang asli ini juga telah beberapa kali melaksanakan pakej yang ditawarkan sejak 3 bulan yang lepas. Sememangnya mereka yang berlatarkan pelbagai bidang jurusan dari UTHM ini sangat komited dalam melaksanakan Projek PETA (Peta Educational Tourism Association) ke arah Johor berkemajuan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Projek PETA iaitu Hal Ehwal Pelajar UTHM, Sekolah Kebangsaan Peta, Perbadanan Taman Negara Johor. , Mizan, Zhairi,Khaliq, penduduk Kg Peta, serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih En.Azmi Bin Ahmad Penolong Pegawai Daerah Mersing merangkap wakil rasmi DO Pejabat Daerah Mersing atas perasmian Projek PETA dan sokongan penuh yang diberikan ke atas projek ini.

Kepada sesiapa yang ingin merasai susana pengembaraan yang mencabar dan jelajah ke Kg Peta ataupun ingin menjalankan program/kem dan juga khidmat masyarakat. Boleh menghubungi terus ke talian 019-7051579 (Duta Jauhar 4.0 Uthm Peta) . Mereka juga akan menyediakan tempat dan pakej percutian menarik untuk aktiviti anda.

MAHASISWA TRANSFORMASI MASYARAKAT

 

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.