Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

DJ POLISAS

 

SEGAMAT- 11-13 OGOS 2017 : Kumpulan Duta Jauhar 4.0 POLISAS telah berjaya menyelesaikan tugasan yang dirancang selama 4 bulan bagi meningkatkan sosiekononomi penduduk Kg Bumbun, Pekan Jabi Segamat Johor menerusi pelaksanaan Kembara Mahasiswa Prihatin (KEMa)

 

Pemilihan 3 lokasi pemasangan aquaponik ini melibatkan kumpulan sasaran ibu tunggal dan belia telah dilaksanakan hasil perbincangan dengan JKKK Kg Bumbun bersama pihak Duta Jauhar POLISAS.

Tanaman dan ikan ternakan seperti terung,tomato, talapia dan keli menjadi hasil akuaponik yang diusahakan oleh golongan sasaran menerusi pelaksanaan projek ini. Pembuatan dan pemasangan set akuaponik ini dihasilkan sendiri oleh Duta Jauhar POLISAS bersama penduduk Kg. Bumbun.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Duta Jauhar POLISAS dalam usaha yang dilaksanakan dalam mentransformasikan masyarakat di kawasan Segamat !

 

Mahasiswa Transformasi Masyarakat

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.