Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 

20708386 1682113918497866 815833399667444075 n

 

Bukit Gambir, TANGKAK : Pasukan Duta Jauhar UMK Kampus Bachok telah melaksanakan Projek Selami Resam Budaya Orang Sengkang (SEROJA) dalam membantu golongan ibu tunggal melalui pakej Sengkang Singgah Stay , Galeri Bangsal Seni Sengkang , dan Ladang Ubi Kayu Sengkang. Melalui pakej yang disediakan para pengunjung mampu merasai budaya masyarakat Jawa Sengkang yang terkenal dengan keunikkan juadah makanan, kesenian dan bahasanya.

 

Pakej Sengkang Singgah Stay bermula RM 50 membolehkan anda menginap selama dua hari satu malam beserta makan dan minum yang turut disediakan. Melalui pakej ini, para peserta akan dibawa menyelami resam budaya jawa dengan berkunjung ke Galeri Bangsal Seni yang mengumpulkan hasil seni lukis dan puisi masyarakat sengkang. Pelbagai iks yang diusahakan oleh Persatuan Ibu Tunggal seperti kerepek ubi, tempe, anyaman mengkuang dan ternakkan rusa.Pelbagai menu juga turut disediakan untuk dijamu pada para tetamu seperti ayam ungkep, nasi ambeng, rojak tahu tempe, ubi rebus dan sambal totok.

Persatuan Ibu Tunggal Sengkang yang ditubuhkan oleh Pasukan Duta Jauhar UMK Bachok ini juga telah mengusahakan ladang ubi kayu untuk tujuan komersial yang diusahakan dalam sebidang tanah rezab kerajaan yang diberikan kebenaran. Untuk makluman, ubi kayu merupakan mercu tanda Sengkang dan projek Seroja ini. jadi tidak hairanlah jika ada semua berkunjung ke Sengkang, panorama pokok ubi kayu boleh dilihat di seluruh kawasan tersebut. Aktiviti mencabut ubi kayu juga merupakan daya tarikan baru untuk para pengunjung Projek Seroja. Ilham untuk memperkasa tanaman ubi kayu telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gambir, YB M. Asojan. Beliau telah berbesar hati untuk menaja Pesta Ubi Kayu Peringkat Daerah Tangkak yang akan dijadikan acara tahunan daerah Tangkak.

Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh Pasukan Duta Jauhar UMK Bachok dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Johor dalam melahirkan generasi Mahasiswa Trasformasi Masyarakat melalui keusahawanan sosial dengan menubuhkan Desa Stay Sengkang, Koperasi Ibu Tunggal Sengkang, One Stop Center Ibu Tunggal Sengkang dan Galeri Bangsal Seni Sengkang.

Yok Nginep! Sengkang Destinasiku!Tangkak Luar Biasa!

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.