Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

WhatsApp Image 2017 08 15 at 4.35.20 PM

UITM Segamat memberikan nafas baru kepada Projek Duta Jauhar 4.0

 

Tangkak, 15 Ogos 2017 - Pelajar UITM Segamat menyantuni masyarakat Kampung Padang Lerek 2,Tangkak, Johor dengan membawakan Projek bertemakan Jauhar Pine yang mampu memberikan pendapatan sampingan kepada golongan sasaran yang terpilih. Bagi merealisasikan hasrat murni mereka itu, mereka sudah melaksanakan beberapa fasa yang telah dirancang termasuklah kursus pembuatan produk Jauhar Pine pada hari ini antaranya ialah jus nanas, biskut nanas dan sos cili nanas . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar bersama golongan sasaran dan kerjasama tenaga pengajar dari LPNM di kampung tersebut.

Sebelum ini, pihak Yayasan Pelajaran Johor yang diketuai oleh En Sahruddin Bin Manas, Pengurus Korporat YPJ telah datang melawat kawasan projek mereka yang telah melaksanakan produk milkshake pineapple pada fasa awal untuk membantu belia yang berpendapatan rendah. Oleh itu, peserta dari UITM Segamat ini telah menyediakan satu modul khas bagi perkembangan Produk Milkshake Pineapple dan juga beberapa produk yang masih berada di peringkat awal pelaksanaan projek. Dalam masa terdekat juga tanama nenas seluas 4 ekar sedang dalam usaha untuk dibangunkan.

Pssttt..milkshake pineapple mereka sudah berada di pasaran dan jangan lupa rasai kepekatan jus nenas bagi sesiapa yang ada di kawasan sekitar tangkak. Insyallah suata hari nanti kita boleh merasai keenakannya sendiri di Johor Bahru !

 

Mahasiswa Transformasi Masyarakat

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.