Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 

Duta Jauhar 4.0 Universiti Utara Malaysia (DJUUM) melaksanakan projek penanaman jagung manis yang diberi nama “Tenggaroh Corn (TeCorn).” Projek ini tidak hanya memfokuskan kepada penanaman jagung manis tetapi DJUUM bakal mengeluarkan produk inovasi bertih jagung serta air jagung sebagai produk hiliran.

20818894 236830966839924 5687132502997324983 o

Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk menjana sumber pendapatan buat golongan belia yang menganggur dan janaan penambahan pendapatan buat golongan belia yang berpendapatan rendah. Di samping itu, projek ini dilaksanakan bertujuan membangunkan semula tanah-tanah yang terbiar dan tidak diusahakan oleh masyarakat.

Seramai 448 orang masyarakat umum yang terlibat dalam menjayakan keberlangsungan projek ini dan 4 orang daripada golongan belia telah dipilih untuk sama-sama menjayakan projek ini. Mereka yang terpilih sebagai golongan sasaran ini merupakan mereka yang benar-benar berminat ke arah pertanian.

Duta Jauhar 4.0 UUM telah memilih kawasan Felda Tenggaroh 2 sebagai kawasan untuk menjalankan projek kami dimana kawasan ini berada di bawah kelolaan DUN TENGGAROH (N33) YB Raven Kumar Krishnasamy dan di bawah PARLIMEN MERSING (P154), YB Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Bin Ahmad.

Pada 12 Ogos 2017, Duta Jauhar 4.0 UUM telah melaksanakan Majlis Perasmian & Pelancaran Produk Tenggaroh Corn serta melaksanakan Taklimat bersama agensi MARA & TEKUN di samping penilaian awal fasa 1 yang dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

Majlis Perasmian ini telah dirasmikan oleh ADUN Tenggaroh, YB Raven Kumar Krishnasamy. Turut hadir ke program tersebut ialah Encik Omar Bin Othman (Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing), Encik Sahruddin Manas, (Pengurus Korporat Yayasan Pelajaran Johor), Encik Muhammad Fadhil Bin Kamaruddin (Pegawai Khas Duta Jauhar), Encik Muhamad Nazri Yusof Nazri (Pengerusi Majlis Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 2, Encik Haji Rosmin Bin Kasijan (Ketua Kampung Felda Tenggaroh 2), Puan Sharipah Binti Md Derus (Pengerusi GPW Tenggaroh 2) dan masyarakat komuniti Felda Tenggaroh 2.

Pada majlis tersebut juga, Duta Jauhar UUM telah memperkenalkan produk hiliran terbaru kami iaitu Air Jagung. Dif-dif kehormat juga turut dibawa bersama ke ladang jagung UUM untuk meyaksikan keberhasilan penanaman jagung fasa ke-2.

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.