Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 

ece9bcf1 d6db 4151 8d20 925ab4a924d6Kota Iskandar, NUSAJAYA. Satu pertemuan untuk kerjasama dan sokongan daripada YB Puan Hajah Asiah binti Md Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Johor Lama telah diadakan Bersama Pasukan Duta Jauhar Universiti Malaysia Terengganu.

Pertemuan ini telah mewujudkan satu sinergi mampan untuk pasukan Duta Jauhar UMT yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Di dalam pertemuan ini pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak YB Exco dalam memastikan projek ini dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini diberi nama “Silent Food Truck” merupakan projek yang akan  diuruskan oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terutamanya OKU yang pekak dan bisu. Tujuan projek ini adalah bagi memberi peluang pekerjaan dan dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungkan OKU pada bantuan kebajikan.  Selain itu, program ini juga membolehkan orang awam mendekati dan memahami golongan OKU. 

Program ini akan dijalankan di Daerah Johor Bharu. Golongan sasaran ialah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang pekak dan bisu di Johor Bharu.  2 orang OKU dan seorang belia menggangur yang berpotensi dan berminat dalam pengurusan perniagaan akan dipilih untuk menjalankan program ini.  Selepas program ini dijalankan, golongan sasaran yang menjadi peniaga dapat menjana pendapatan sendiri sementara membina jati diri.

Matlamat keseluruhan adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya mengurangkan kebergantungan OKU pada bantuan kebajikan. Keyakinan dan jati diri golongan OKU juga dapat dibina semasa mereka dapat mencari rezeki melalui perniagaan. Justeru, pendapatan OKU dapat ditingkatkan seiring pembangunan ekonomi.

Selain itu, masyarakat dapat lebih memahami golongan OKU lalu mengubah persepsi dan prasangka mereka yang menggangap golongan OKU ialah golongan yang tidak berkemampuan. Justeru, OKU tidak akan rasa terpinggir dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan lebih aktif.

Secara keseluruhannya, matlamat utama program ini adalah untuk membenarkan OKU membuktikan kemampuan mereka untuk menyumbang diri dalam pembangunan negara dan pada masa yang sama menjalin hubungan antara OKU dengan penduduk tempatan.

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.