Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

20170805 130837

...melahirkan masyarakat Johor yang produktif, malah yang berdaya saing dan mampu bersama kerajaan negeri menuju ke arah Gagasan Johor Berkemajuan.

 

 

Sekumpulan mahasiswa daripada Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) telah menyertai program khas dibawah kerajaan Johor iaitu Duta Jauhar 4.0 dengan menjalankan projek pembuatan kerepek ketam (Scylla Stick) yang dilaksanakan di Rumah Kebajikan Ar-Rayyan, Kempas, Johor Bahru.

Projek ini adalah untuk membantu golongan sasaran menjana pendapatan dengan kemahiran dalam bidang Keusahawanan. Dalam pada masa yang sama projek ni juga mengutamakan ciri keusahawanan bertemakan Keusahawanan Sosial. Projek ini terdiri daripada 6 orang peserta yang berumur antara 15 hingga 17 tahun. Kebanyakan daripada kanak-kanak ini terdiri daripada golongan gelandangan, anak yatim dan miskin.

Pembuatan kerepek ini dihasilkan sepenuhnya daripada golongan sasaran. Pihak Duta Jauhar 4.0 MARSAH tidak akan mengganggu jadual persekolahan mereka malah  menitikberatkan keutamaan mereka untuk belajar. Dengan adanya projek ini, golongan sasaran dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka daripada hasil penjualan kerepek tersebut walaupun mereka sudah tamat tempoh persekolahan di Rumah Kebajikan Ar-Rayyan, Kempas, Johor Bahru.

Projek ini mendapat kerjasama yang baik dari masyarakat setempat dan  ADUN Kempas, YB Tengku Putra Harun Aminurrashid Jumat kerana objektif yang ingin disampaikan itu amat jelas bagi membantu masyarakat dan mahasiswa Johor agar mereka terus berdikari dan mengambil peluang-peluang yang sudah disediakan oleh kerajaan negeri. Kita bukan sahaja ingin melahirkan masyarakat Johor yang produktif, malah yang berdaya saing dan mampu bersama kerajaan negeri menuju ke arah Gagasan Johor Berkemajuan

Untuk merasai keenakan dan kerangupan "CrabStick" boleh membuat tempahan terus di 018-7793037 - SCYLLA_HQ

 

 

View the embedded image gallery online at:
http://dutajauhar.my/berita/197-marsah-2.html#sigFreeId3e97d4bfbc

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.