Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

20264746 296945667444407 4773127980777263184 n

Buat julung kalinya UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang menyahut cabaran untuk menyertai Duta Jauhar 4.0 yang dikelolakan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

 

Kumpulan yang terdiri daripada gabungan 15 orang Mahasiswa Johor ini sedang melaksanakan projek komuniti di Kg Sg Durian, Pontian. Para nelayan, ibu tunggal dan belia merupakan golongan sasaran yang menjadi fokus kumpulan ini bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi mereka.

Bersandarkan Projek Rintis Penternakan Siput Sedut, projek ini telah dimulakan di Kawasan Paya Bakau berhampiran Jeti Nelayan Kg Sg Durian. Penternakan Siput Sedut merupakan agenda ketiga yang ingin dilaksanakan oleh Pejabat Perikanan Daerah Pontian bagi membantu nelayan kawasan berkenaan yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan malah mampu untuk memberikan kesan yang baik terhadap eko=sistem paya bakau di Jeti Nelayan tersebut.

Hadir dengan sebuah inovasi iaitu ''Jauhar Sensor'' mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan penternakan itu Projek komuniti ini juga bakal menjadikan jeti nelayan ini sebagai salah sebuah tarikan eko pelancongan yang terkenal di Daerah Pontian. Projek ini bakal mengangkat Kg Sg Durian sebagai pusat bagi masyarakat mendapatkan hasil laut yang segar tanpa orang tengah atau pembekal.

 

 

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.