Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 

KYPJ Peria

 "Majlis pelancaran produk Crisperia yang disempurnakan oleh Datuk Halimah Sadique, Ahli Parlimen Tenggara pada 31 Mac 2018 di Rantau Panjang, Kota Tinggi"

 

Rantau Panjang, Kota Tinggi - Sekumpulan penuntut Kolej Yayasan Pelajaran Johor telah melaksanakan Projek Sambal Peria Bonda dibawah jenama ''Crisperia" bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan wanita dikampung tersebut. Usaha ini telah dirancang melalui pelaksanaan Program Duta Jauhar dengan menghasilkan produk makanan berasakan peria katak sebagai bahan utama dalam pelaksanaan projek tersebut.

Menerusi projek ini, Kumpulan Duta Jauhar KYPJ Crisperia mensasarkan penjualan 200 bungkus sambal peria sebulan bagi membantu meningkatkan pendapatan komuniti disini. Produk sambal peria ini dihasilkan bersama dengan golongan sasaran yang dipilih yang terdiri daripada golongan wanita berpendapatan rendah.

Bagi mengekalkan rasa dan resepi sebenar, olahan masakan yang dihasilkan menggunakan 100% bahan semulajadi dan bebas bahan pengawet. Bagi pembaca yang ingin membuat tempahan, boleh terus menghubungi kumpulan ini ditalian 013-7000 719.

 

 

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.