Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

PMJB

 

Duta Jauhar Politeknik METrO Johor Bahru Bersama Komuniti Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

 

Pasir Gudang - Seramai 14 penuntut Politeknik METrO Johor Bahru yang menyertai Program Duta Jauhar 5.0 dibawah seliaan Yayasan Pelajaran Johor telah berkampung selama 2 hari satu malam di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang bagi melaksanakan Program Part Of Me : Selusur Kasih.

 

 

Program 2 hari 1 malam ini dilaksanakan bagi merapatkan ukhwah ahli Duta Jauhar PMJB bersama komuniti setempat melalui pelaksanaan program berbentuk kesukarelawan. Para Duta Jauhar dan komuniti setempat telah melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya ialah gotong royong membersihkan kawasan masjid , bengkel penghasilan produk , senaman dan sebagainya.

Kumpulan Duta Jauhar ini melaksanakan projek Reflekidz iaitu penghasilan alat terapi carakerja refleksologi bagi membantu golongan yang mempunyai masalah saraf seperti Cerebral Palsy . Usaha ini dihasilkan oleh golongan ibu tunggal  dengan tunjuk ajar dan latihan yang diberikan oleh kumpulan Duta Jauhar ini. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Reflekidz Mat ( Karpet Refleksologi ) boleh menghubungi kumpulan ini ditalian 011-39394230

 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.