Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Kampung Pengkalan Batu, MERSING: Ketika negara dalam kerancakkan untuk terus pesat membangun, namun masih ada lagi segelintir masyarakat yang sedang bergelut dengan faktor kemiskinan. Hal ini tidak terkecuali kepada beberapa ketua keluarga di Mersing yang pendapatan mereka tidak mencukupi. Lantaran itu, Kumpulan Duta Jauhar UUM terpanggil untuk membantu menambah pendapatan dengan memberikan satu peluang perniagaan baru kepada suri rumah yang tidak bekerja di Mersing dengan Projek Daging Pekasam atau dikenali sebagai "Daging Wadik"

WhatsApp Image 2018 08 21 at 09.16.24 1

 Projek yang dilaksanakan di Kampung Pengkalan Batu, Mersing ini telah menjadikan 4 orang suri rumah yang tidak bekerja menambah pendapatan keluarga dengan mengusahakan perniagaan Daging Wadik ini. "Untuk mereka yang tertanya-tanya apakah rasa Daging Wadik, ianya sama seperti ikan pekasam tapi kita datangkan dengan citarasa daging. sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi panas mahupun bubur " kata Siti Hajar Pengurus Projek Daging Wadik.

Fenomena Daging Wadik telah menjadi bualan masyarakat di Mersing kerana anda boleh mendapatkan produk tersebut di pelbagai tempat. Mereka menjual Daging Wadik ini di sekitar kedai makan di mersing mahupun di Pasar Tani Mersing yang dibuka setiap hari Jumaat. Produk ini bukan sahaja dipasarkan di Mersing, malahan di seluruh Malaysia apabila produk ini telah melalui proses inovasi pembungkusan dan penjenamaan yang lebih mesra untuk diposkan.

Sepanjang projek ini dilaksanakan lebih 68kg daging pekasam telah berjaya dijual. Jadi pada mereka yang belum mencuba Daging Wadik ini marilah dapatkan segera kerana kami menghidangkan kepada anda resipi istimewa khas dari Mersing ini. Mereka boleh dihubungi melalui facebook.com/Duta-Jauhar-UUM-MersMeat.

" alt="DJ 5.0 UUM" />

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.