Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

duta jauhar 2014 berita pelancaran

Bantu golongan sasar dalam IKS

Oleh Hamirul Hairi Mohd Noh - Artikel Asal

Membentuk mahasiswa berketrampilan, bersahsiah dan bertanggungjawab dalam masyarakat dengan slogan ‘Berkhidmat Demi Masyarakat’ sentiasa menjadi pegangan dan prinsip setiap mahasiswa/i persatuan anak Johor IPT.

Justeru, lahir sebuah program Duta Jauhar – Mahasiswa Johor Prihatin, yang bertujuan  meningkatkan taraf hidup, hubungan sosial, mind-set dan ekonomi rakyat negeri Johor melalui beberapa program yang bermanfaat membabitkan mahasiswa, agensi kerajaan, swasta dan masyarakat tempatan.

Mahasiswa dalam program itu juga berperanan sebagai agen perubahan dan perantaraan di antara masyarakat dengan kerajaan negeri dalam menggerakkan program berbentuk kemasyarakatan yang dikenalpasti untuk dilaksanakan.

Mereka dilatih supaya berkemampuan memimpin masyarakat setempat dan menjadi sumber rujukan selain bertindak sebagai model kepada masyarakat. 

Mahasiswa yang dipilih akan menjadi penggerak program berdasarkan idea kreatif yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru dan Perancangan Berasaskan Hasil, yang bakal memberi pelbagai manfaat 10 daerah di negeri ini.

Antara program dilaksanakan di bawah Duta Jauhar; Mahasiswa Johor Prihatin termasuk projek keusahawanan penternakan burung puyuh ekspres oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (UM) dan projek Sistem Ekonomi Jaringan Usahawan Taib Andak oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  

Program ini menyasarkan golongan miskin tegar dalam membantu menjana pendapatan bulanan sehingga 60 peratus melalui pelan strategik jangka masa panjang.

Seorang peserta, Abdul Wahab Jumrah, 21, graduan dari UKM, berkata program itu dapat membentuk mahasiswa yang prihatin dengan membantu golongan sasar menjayakan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) di Johor.

Mohd Shahrul Haizam Amran, 22, graduan Universiti Malaysia Kelantan pula berkata, program itu membentuk komunikasi dan hubungan kerjasama dua hala di antara peserta dan golongan sasar.

Hasil daripada program ini, mahasiswa boleh menyumbang idea untuk memajukan masyarakat setempat dengan membantu golongan sasar cari jalan meningkatkan pendapatan.

Menurut Nurulnadiah Maddin, 21, graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), program ini banyak membantu golongan sasar menonjolkan potensi diri mereka.

“Kalangan ibu tunggal ini sebenarnya banyak potensi yang kita tidak kesan. Jadi program memberi kita peluang mengetengahkan bakat mereka dalam IKS.

“Inisiatif juga ini membuktikan kerajaan negeri komited membawa penyertaan seluruh rakyat Johor untuk merasai limpahan pembangunan yang berlaku,” katanya.

Bagi Mohd Fareez Amirah, 22, graduan Universiti Sains Malaysia (USM), pula berbangga kerana Johor menjadi peneraju program seperti ini.

“Sebagai Mahasiswa Anak Johor, saya rasa bangga dan sangat beruntung kerana Johor  melaksanakan program sebegini sekali gus mengiktiraf peranan mahasiswa. Banyak manfaat yang kami perolehi melalui program ini terutama dari segi kepimpinanan. Kami dapat memimpin untuk bersama-sama menaikan nama johor,” katanya.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.