Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

26 Ogos 2015 | Ulu Yam, Selangor | Survival Camp

Seramai 190 orang Duta Jauhar Siri 2.0 telah menyertai program Kem Latihan Jati Diri atau dikenali "Survival Camp" selama 3 hari 2 malam pada 23 hingga 25 Ogos 2015 yang diadakan di Nur Laman Bestari, Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam Baru, Selangor. 

Kem anjuran Yayasan Pelajaran Johor ini adalah bertujuan bagi memperkasakan lagi sahsiah jati diri serta memantapkan lagi persefahaman, semangat setia kawan, semangat muafakat dan kebersamaan dalam kalangan peserta Program Duta Jauhar Siri 2.0 melalui modul latihan khas sebagai sumber kekuatan kepada para peserta bagi melaksanakan program kemasyarakatan ini. 

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah, berkhemah, 'Creative Thinking', menangkap-menyembelih-memasak ayam, 'War Game', 'Survival Race' dan Ranjau Hidup. Aktiviti sebegini benar-benar menyemarakkan lagi nilai persahabatan mereka untuk melaksanakan kerja bersama-sama. 

Tahniah kepada semua 190 orang Duta Jauhar 2.0 yang telah berjaya mengharungi Survival Camp ini dan terima kasih kepada team Yayasan Pelajaran Johor dan Al-Muhsin. Teruskan perjuangan dan misi kalian untuk membangun masa depan Johor melalui Program Duta Jauhar ini. 

Lihat gambar-gambar menarik :- 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.