Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Sumbangan JAKEL Segamat kepada Duta Jauhar Uitm Johor

Hari ini kumpulan Duta Jauhar UiTM Johor telah menerima sumbangan berbentuk barangan iaitu tikar getah, sejadah dan telekung daripada syarikat JAKEL cawangan Segamat. 

Sememangnya barangan keperluan seperti ini adalah amat diperlukan untuk kegunaan para pelajar yang menuntut pengajian agama di Maahad Tahfiz Nurussalam, Segamat.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak JAKEL Segamat di atas sumbangan ini.  

Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.