Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

Picture 11856

SEGAMAT, 9 Nov - Duta Jauhar 2.0 UTHM melalui projek tanaman cili fertigasi, mensasarkan pendapatan bulanan bagi 6 buah keluarga orang asli dapat ditingkatkan daripada tidak tetap RM400-RM600 sebulan kepada anggaran purata tetap RM800-RM1,000 sebulan. 

Pengarah Projek, Nurul Ashikin Binti Suhaini berkata komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kesemua peserta projek amatlah di tahap yang terbaik dan ini menjadi faktor utama bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai, bukan sahaja sehingga projek ini berakhir malah dapat ditingkatkan lagi untuk jangka masa panjang. 

"Kami berharap 6 orang peserta sebagai kumpulan pertama ini dapat mempelajari teknik tanaman ini dengan sebaiknya dan arif agar dapat menjadi pembimbing atau mentor untuk kumpulan yg seterusnya." 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian "Kebangkitan Peribumi Nusantara" Projek Duta Jauhar 2.0 UTHM di Kampung Putting, Buloh Kasap, Segamat yang disempurnakan oleh YB Puan Hajjah Norshida Binti Ibrahim, ADUN Buloh Kasap di sini semalam. 

Tambah beliau lagi, melihat kepada kemajuan fasa 1 dan 2 projek ini yang telah menunjukkan hasilnya, projek ini bakal diteruskan dengan fasa 3 dan 4 iaitu tambahan 6 buah keluarga (kumpulan kedua) dan 500 anak pokok lagi menjadikan jumlah semuanya sebanyak 1,500 pokok cili. 

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.