Berita & Aktiviti Terkini
Perkembangan & Maklumat terkini Program Duta Jauhar

 Majlis Perasmian Projek Ternakan Lebah Madu di Kg Melayu Raya, Segamat

Segamat, 29 Nov - Duta Jauhar UTeM‬ bersama YB Annuar Abd Manap pada Majlis Perasmian Projek Ternakan Lebah Madu di Kg Melayu Raya, disini. 

Projek ini membangunkan usahawan belia luar bandar dan golongan E-Kasih menceburi industri ternakan lebah madu. Projek ini juga untuk membantu menjana sumber pendapatan kepada masjid dan surau sekitar Kg Melayu Raya dengan mengusahakan sangkar lebah serta Pusat Tahfiz Al-Affan, Segamat di mana produk madu yang dihasilkan dibacakan ayat suci al-quran oleh pelajar pusat tahfiz tersebut.

Bagi yg berminat untuk menjadi pengusaha, pengedar atau pembeli, boleh hubungi Urus Setia Pemasaran 012-775 2406.

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.