Pengenalan
Program Duta Jauhar
  1. Duta Jauhar adalah sebuah program cetusan idea YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan Mahasiswa Johor daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.
  2. Inisiatif ini adalah pengiktirafan besar Kerajaan Negeri Johor kepada golongan mahasiswa yang diyakini boleh bersama-sama menyumbangkan idea kreatif, inovatif dan sumber tenaga bagi menjayakan agenda pembangunan masyarakat dan negeri.
  3. Kumpulan mahasiswa yang berjaya dipilih menyertai program ini akan melaksanakan projek-projek yang berpotensi memberi impak dan manfaat kepada masyarakat di setiap daerah Negeri Johor, dengan menggunapakai pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. 
  4. Setiap projek menetapkan kumpulan sasaran penerima manfaat seperti pelajar, golongan belia, usahawan IKS, rakyat pendapatan rendah & miskin tegar, masyarakat orang asli, ibu tunggal dan sebagainya, berdasarkan matlamat dan bidang keberhasilan projek tersebut.
  5. Duta Jauhar Siri 1/2014 telah berjaya melaksanakan 19 projek di 10 daerah Negeri Johor dengan penglibatan seramai 285 orang mahasiswa Johor daripada 12 IPTA. Manakala Duta Jauhar Siri 2/2015 pula telah mencatatkan penglibatan seramai 330 orang mahasiswa Johor daripada 15 Universiti Awam (UA) dan 4 IPTS di Johor dengan pelaksanaan 22 projek.
  6. Di dalam Ucapan Pembentangan Bajet Negeri Johor 2016, YAB Menteri Besar telah mengumumkan bahawa Program Duta Jauhar diteruskan lagi pelaksanaannya pada tahun 2016 bagi Siri Ke-3.

PENGLIBATAN

Program ini melibatkan agensi-agensi berikut :-

  • Pejabat Menteri Besar Johor;
  • Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO Johor);
  • Pejabat-pejabat Daerah;
  • Pejabat-pejabat Pihak Berkuasa Tempatan;
  • Gabungan Persatuan Mahasiswa Johor dari IPT seluruh negara;
  • Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan;
  • Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs);
  • Agensi-agensi swasta dan korporat;
  • Golongan belia, pelajar sekolah dan masyarakat setempat.

NILAI STRATEGIK

  • Muda, belia dan bersemangat
  • Rangkaian yang luas
  • Kreatif dan berinovatif
  • Pengetahuan dan bakat
  • Kebertanggungjawaban dan berkeupayaan
  • Daya Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

TERAS PROGRAM

  • Program ini dipasak dengan teras utama berikut :-
    • Projek dibangunkan dan diperincikan oleh mahasiswa secara strategik
    • Penerapan pendekatan Blue Ocean Strategy dan Outcome Based Planning.
    • Penglibatan secara intensif oleh Agensi Kerajaan dan Swasta.
    • Penglibatan secara inklusif masyarakat dan kepimpinan setempat.
  • Pendekatan utama National Blue Ocean Strategy (NBOS) :-
    • Idea Kreatif / Inovatif 
    • Impak Tinggi 
    • Kos Minimum
    • Kolaborasi 
    • Pelaksanaan Singkat 
    • Mampan
  • Konsep E-R-R-C di dalam NBOS :-
    • Eliminate: Menghapuskan
    • Reduce  : Mengurangkan
    • Raise     : Meningkatkan
    • Create   : Mencipta
  • Setiap projek ditetapkan KPI dan sasaran Matlamat Akhir (Ends Goal).

Pengenalan Program Duta Jauhar

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.