Permohonan
Program Duta Jauhar
  1. Terbuka kepada mana-mana kumpulan atau persatuan mahasiswa daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara ;
  2. Satu (1) kumpulan projek adalah mewakili satu (1) Institusi Pengajian Tinggi sahaja ;
  3. Satu (1) kumpulan projek adalah terdiri lima belas (15) orang Ahli Projek, sebagai perancang, penggerak dan pelaksana utama kumpulan dalam melaksanakan projek ;
  4. Kumpulan projek boleh menamakan sejumlah Ahli Sokongan Projek atau Sukarelawan Projek, sebagai pelaksana sokongan yang membantu kumpulan melaksanakan projek ;
  5. Cadangan projek hendaklah selaras dengan fokus utama Pelan Suara Hati Johor (PSHJ) dalam bidang-bidang keutamaan berikut:
    • Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan
    • Menangani Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Rakyat ;
    • Kemudahan Awam dan Infrastruktur ;
    • Pendidikan dan Pembelajaran ;
    • Pemerkasaan Modal Insan ;
    • Memartabatkan Agama Islam ;
    • Keselamatan dan Permuafakatan Rakyat ;
  6. Setiap kumpulan projek hendaklah menyediakan satu Kertas Kerja Cadangan Projek yang mengandungi maklumat seperti berikut :
    • Logo Institusi dan Persatuan / Kumpulan 
    • Latar belakang Persatuan / Kumpulan
    • Tajuk, Lokasi & Keterangan Projek
    • Visi, Misi & Matlamat Projek 
    • Strategi Pelaksanaan
    • Rangka Kerja / Jadual Gerak Kerja
    • Cadangan Agensi / Pihak Terlibat
    • Kumpulan Sasaran
    • Sasaran Hasil (Outcome) Projek
    • Jawatankuasa Projek
    • Implikasi Kewangan
    • Penutup
  7. Perancangan & pelaksanaan projek hendaklah mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy)dan Perancangan Berasaskan Hasil (Outcome Based Planning) bagi memastikan projek benar-benar memberikan impak kepada masyarakat Johor.

Pendaftaran Duta Jauhar

Adakah anda sudah bersedia?

Duta Jauhar

Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf idea, peranan dan khidmat bakti kumpulan Mahasiswa Johor Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara untuk bermuafakat membangun dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat di Negeri Johor. 

Maklumat Terkini

Jadilah yang terawal mendapat maklumat terkini daripada kami terus ke emel anda.